PENGENALAN

Dalam sesebuah organisasi, perubahan bukan sahaja tidak dapat dielakkan, malah ia boleh menjadi penting.

Pemimpin dan mereka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan perlu mempunyai kemahiran dalam menangani perubahan dan belajar bagaimana untuk bercakap mengenainya, menyediakan orang untuk itu, memahami reaksi mereka kepadanya dan membantu menguruskannya.

Menyerlahkan keyakinan diri adalah sangat berguna dalam memenangi sokongan daripada orang-orang yang perlu untuk menghadapi dan menangani perubahan. Keupayaan untuk berunding adalah kemahiran yang diperlukan untuk semua pelaksana perubahan supaya mereka boleh meyakinkan orang lain dengan cadangan mereka dan membuat keputusan menang-menang. Ia adalah kemahiran yang mungkin akan memainkan peranan penting dalam mengatasi rintangan kepada perubahan

Peserta juga akan didedahkan kepada teknik berkomunikasi secara teoritikal dan mereka juga dikehendaki untuk mengamalkan ilmu itu secara “face to face” bagi memastikan ianya terkesan kepada setiap individu. Komunikasi itu mudah cuma jangan dipermudahkan.

Supervisory Leadership in Team (SULIT ) rev2