PENGENALAN

Cabaran di dalam pekerjaan hari ini amat hebat. Segalanya perlu bergerak dengan pantas dan pekerja perlu tahu pelbagai kerja (multi tasking).

Sehinggakan kadang-kadang kita terlepas pantas akan keperluan tentang hal ehwal keselamatan pekerja dan kaedah bantuan kecemasan yang boleh diambil jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diduga.

Bayangkan sedang kita bermesyuarat bersama dengan ketua-ketua jabatan, tiba-tiba salah seorang kakitangan meluru masuk memberitahu ada kecelakaan di tempat kerja. Kita terus meluru ke tempat kejadian, namun setibanya di sana kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana tiada pengetahuan tentang bantuan kecemasan.

Bantuan kecemasan amat penting kerana mungkin dengan bantuan awal yang diberikan mampu menyelamat nyawa seorang insan. Menyedari hakikat itu, program ini telah direka bentuk agar ianya memberi manfaat kepada setiap peserta yang hadir.

Peserta akan didedahkan dengan secara lilmiah dan praktikal agar merasai pengalaman memberikan bantuan kecemasan.

Peserta juga akan dibantu dan dipantau oleh tenaga pengajar yang professional dan bertauliah serta berpengalaman luas dalam bidang bantuan kecemasan.

1 day 1st aid