Sep19

3R : Realiti, Revolusi dan Reaksi

•Dalam organisasi, realitinya perubahan tidak dapat dielakkan, ia boleh menjadi penting. Perubahan adalah sangat pantas umpama sebuah revolusi. Pemimpin organisasi dan orang-orang yang perlu melaksanakan perubahan mesti bijak tentang perubahan dan belajar bagaimana untuk membincangkannya, menyediakan orang untuk mengenali, memahami reaksi mereka dan membantu menguruskannya. •

•Revolusi perindustrian mengubah cara kita hidup, bekerja dan berkomunikasi. Semakin banyak tugasan akan di automasikan melalui slogan ”Artificial Intelligence”. Tambah nilai ilmu dan kemahiran adalah salah satu sikap yang wajib anda untuk kita kekal bersaing.

KEGANASAN “VUCA WORLD”

Eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab di ruang Twitter, Facebook, Youtube, WhatsApp, Telegram, aplikasi telefon pintar dan laman sesawang dalam membentuk kecelaruan masyrakat seterusnya menumpang ombak dari para Netizen mampu mencetuskan propaganda dan fitnah. Inilah yang terjadi didalam “Dunia VUCA”

1.Persekitaran tidak menentu (Volatile), 2.Ketidakpastian (Uncertainty), 3.Kerumitan (Complexity) dan 4.Kekaburan (Ambiguity)

Dunia perniagaan juga akan mengalami impak yang besar terhadap perubahan ini. Situasi dunia perniagaan sekarang terlalu dinamik dan mencabar .Hanya organisasi dan kepimpinan yang berkesan mampu mengurus dan mengemudi seterusnya memacu kecemerlangan di dalam era VUCA ini .

Mendalami 6 elemen penting ( PESTLE ) di dalam menetapkan halatuju sesebuah organisasi dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kita, InshaAllah kesan ini mampu dikurangkan.

Natijahnya, kita bakal menghadapi ancaman keganasan tidak dijangka, pengganas era baharu, teknologi keganasan bentuk baharu dan masalah baharu keganasan yang belum dapat dikenal pasti.

Dalam mendepani IR 4.0, memperkukuh keupayaan agensi keselamatan dari segi perisikan kemanusiaan dan perisikan teknologi amatlah diperlukan.

Persoalan mengenai peranan dan ciri baharu agensi keselamatan dalam mendepani IR 4.0 perlu dibahaskan.

Kesepaduan dasar antara dasar keselamatan dengan dasar lain seperti dasar pelancongan, dasar imigresen, dasar ICT, dasar pendidikan tinggi, dasar perdagangan dan dasar lain perlu diperhalusi

Dalam era Pra-IR 4.0, kita berhadapan dengan isu penting iaitu radikalisasi tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia suatu proses jangka panjang. Namun, setelah berakar umbi, amat sukar untuk membasminya.

Pendedahan terhadap konsep KAIZEN dan KAIKAKU, yang diamalkan di Jepun sedikit sebanyak dapat mengurangkan “Culture Shock” terhadap dunia VUCA yang ganas dan sukar untuk diramalkan.

Era IR 4.0 bakal melahirkan ancaman pengganas dan keganasan bentuk baharu, lebih kompleks, sukar dijangka dan sukar diramalkan. Di sebalik segala dasar dan usaha, perkara pokoknya masih sama iaitu kepentingan melahirkan insan berhati bersih, berakhlak mulia serta memiliki nilai-nilai murni.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kita.

Perlukan nota? Klik link dibawah utk wassup.

https://wa.me/60133525725?text=Nota%203R

https://bit.ly/2kWzPPi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *